twitter


Salam
Politeknik Port Dickson telah berjaya mendpat persijilan MS ISO 9001.2008. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Jutaan terima kasih buat pelajar DKE6-S1 yang telah memberi kerjasama semasa auditor memantau perjalanan kelas tempoh hari.


Pelajar DKE6-S1 boleh lah dapatkan nota Protokol Komunikasi di link ini:
http://www.ziddu.com/download/6931112/00062.ppt.html


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua pelajar DKE6S1
Ujian 1 akan diadakan pada 2/10/09 pada pukul 9 pagi di makmal E007.
Diharap pelajar semua telah bersedia kerana saya telah pun memaklumkan mengenai Ujian 1 ini sebelum cuti hari raya.
Ulangkaji semua topik yang telah dipelajari (Prinsip Asas Perhubungan Data, Antaramuka Elektrikal dan Modem) dan sila beri penekanan pada topik pengiraan CRC, tugasan yang telah diberikan berserta soalan final yang telah dibuat. Harap maklum.

"Hold yourself responsible for a higher standard than anybody else expects of you, never excuse yourself." - Henry Ward Beecher -


Ramadan berlalu meninggalkan kita. Semoga ianya menjadikan kita insan yang sentiasa beristiqamah dalam setiap ibadat yang kita lakukan. Bulan Syawal ni banyak open house maknanya makin banyak lah kita makan.Terkejut perut kita ni selepas sebulan berpuasa bulan ni pulak kita makan tak henti-henti. Makan tu boleh tapi kesihatan kena la jaga jaga.
Kelas ku dah bermula kembali hujung minggu ni, terpaksa tinggalkan anak2 seketika demi meneruskan perjuangan ku ini. Apa yang memningkan kepala sekarang ni adalah nak menghadapi projek sarjana. Sekarang ni masih terkial-kial nak buat proposal walaupun dah dapat tajuk. Susah jugak yer, kena banyak membaca. Masalahnya nak cari masa nak membaca jurnal dan buku berkenaan topik berkaitan. Nasib lah ada suami yang memahami, tolong cari e book dan jurnal yang berkaitan.Dekat ofis pulak sibuk dengan P&P dan audit yang tinggal kurang sebulan.Jenuh juga nak membahagikan masa.By the way there is no shortcut to succes mas...apa yang mampu buat jer la.